Friday 17 June 2011

INFO BEAUTY_"Malas Minum Air Suam/kosong/putih?"

       Apakah sumber kecantikan yang paling berkesan di dunia? Jawapannya mudah sahaja, iaitu air suam yang kita minum setiap hari. Memang sudah menjadi mitos yang klise bahawa air suam menjadi syarat untuk mendapatkan tubuh yang slim, kulit yang cerah serta bebas jerawat. Sayangnya, tidak semua orang mudah meneguk air suam yang tawar apatah lagi tidak memiliki rasa.

Memang ada sebahagian orang telah menyukai teh atau jus jika dibandingkan dengan air mineral. Kerana sejak kecil sudah diasuh dengan mengambil minuman yang manis dan beraroma untuk sarapan. Apabila dewasa air suam/putih dikatakan secara rutin harian perlu diteguk LAPAN gelas sehari amat menyeksakan. Namun untuk mengecapi impian cantik dan sihat, air putih perlu dimasukkan dalam menu wajib anda. Caranya mudah:

i_Saat bangun pagi, campurkan air suam/putih dengan perahan jus limau nipis. Dijamin pagi anda akan menjadi lebih segar.

ii_Pesanlah air mineral sekiranya anda makan di kafe, kedai makan. Elakkan meminum minuman soda kerana ia boleh menggemukkan. Secara tidak langsung, anda juga sudah berjimat. ^^

iii_Supaya lebih berperisa, tamabhkan daun mint, hirisan lemon pada air suam/putih anda.Rasanya pasti akan membuatkan anda lupa sedang minum air kosong/putih.

iv_Saat cuaca sejuk, air putih yang dicampurkan dengan madu dan jus lemon cukup membuat tubuh anda kebal kesejukkan.

Jika anda rasa bosan, sesekali boleh diselangi dengan TEH HERBA. Selamat mencuba. ^___<

2 comments: